Showing posts with label news online. Show all posts
Showing posts with label news online. Show all posts

Wednesday, September 23, 2009

Kucing 9.98kg


SEORANG jururawat haiwan memegang Socrates yang seberat 9.98 kilogram.

NORTH SHEILDS, England - Seekor kucing yang diberi nama Socrates oleh pemiliknya, Bill Duncan menjalani diet bagi mengurangkan berat badannya yang seberat 9.98 kilogram (kg), lapor sebuah akhbar semalam.

Berat badan itu menyebabkan kucing itu tidak dapat bergerak kemungkinan kerana kegemarannya makan keju dan kerepek.

Namun, kini kucing yang berusia lima tahun itu dipilih untuk menjadi salah seekor finalis dalam pertandingan diet Kelab Sihat Haiwan anjuran sebuah agensi perlindungan haiwan.

Cuma tinggal 100 hari lagi untuk mencapai sasaran berat badan 4.5 kilogram, ia mendapat diet makanan yang merupakan separuh daripada yang dimakannya sebelum ini.

"Disebabkan oleh bulunya yang panjang, saya tidak mengetahui berat badannya," kata pemiliknya di sini.

"Apabila saya memberinya makan, kucing itu kini merungut dan melihat ke arah saya seperti bertanya di manakah baki makanan yang lain," tambahnya.(News from KOSMO!)


I dunwan my Hirro to be fat and heavy like that....oh no no nooo noooo......

Bayi 8.7kg paling berat di Indonesia


BAYI paling berat di Indonesia (kanan) menangis di sebelah bayi normal di sebuah hospital di Medan, Sumatera Utara semalam.

JAKARTA - Seorang wanita Indonesia melahirkan bayi lelaki seberat 8.7 kilogram (kg) iaitu yang terberat pernah dicatatkan di negara itu, kata seorang doktor semalam.

Bayi yang masih belum diberi nama itu mempunyai ketinggian 62 sentimeter dan dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean kelmarin di sebuah hospital awam di wilayah Sumatera Utara.

"Pembedahan itu sukar kerana bayi itu amat berat terutama ketika proses untuk membawanya keluar dari rahim ibu.

"Kakinya amat besar," kata Dr. Binsar Sitanggang yang mengambil bahagian dalam pembedahan itu.

Bayi itu berada dalam keadaan sihat walaupun pada mulanya diberikan oksigen bagi mengatasi masalah pernafasannya, tambahnya.

"Dia (bayi itu) mempunyai selera makan yang besar. "Pada setiap minit dia hampir tidak berhenti untuk minum susu.

"Bayi ini amat luar biasa. Cara dia menangis tidak seperti bayi normal. Ia amat kuat," kata Dr. Binsar.

Menurutnya, berat badan luar biasa itu mungkin disebabkan oleh ibunya, Ani yang berumur 41 tahun mempunyai penyakit diabetes. - AFP (News from KOSMO!)